Wednesday, 29 April 2015

Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI


Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan

Category: Fakulti Published: Tuesday, 06 January 2015 Written by Super User
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan ditubuhkan pada 1 Februari 2005. Program pengajian yang ditawarkan di fakulti ini berteraskan konsep integrasi antara bidang pedagogi dengan disiplin mata pelajaran di sekolah dengan kegiatan sukan. Masyarakat kini memberi harapan yang tinggi terhadap pencapaian sukan negara agar setanding dengan pencapaian negara-negara maju dan memerlukan pakar-pakar dalam bidang ini. Usaha memperbaiki pencapaian ahli-ahli sukan sebenarnya bermula dari peringkat sekolah. Maka itu, Fakulti ini menawarkan pengajian meliputi bidang pendidikan Sains Sukan, Psikologi Sukan dan Sains Kejurulatihan bagi mencapai dan memenuhi harapan tersebut. Bagi peringkat Sarjana, fakulti ini menawarkan pengajian meliputi Kaedah Pengujian, Pengukuran, Pengajaran serta Penyelidikan Psikologi Sukan yang dapat memberi sumbangan terhadap peningkatan pencapaian ahli-ahli sukan negara ini.

TAWARAN PROGRAM

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Kejurulatihan) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Rehabilitasi Sukan) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan) dengan Kepujian
Tempoh pengajian : 8 Semester (4 tahun) secara teori dan amali.
Program Sarjana & Doktor Falsafah
  • Sarjana Pendidikan (Sains Sukan)
  • Doktor Falsafah

BUKU AKADEMIK

Muat turun buku akademik fakulti di sini [Muat turun] untuk senarai penuh program pengajian


PROSPEK KERJAYA

Peluang kerjaya adalah terbuka dalam pelbagai bidang iaitu:
  • Pendidikan Sukan
  • Jurulatih Sukan
  • Pakar Motivasi Sukan
  • Editorial Sukan
  • Pengurusan Sukan
  • Perancangan Kejohanan
  • Konsultan Sukan

15 comments:

  1. Syarat kemasukan untuk Rehabilitasi apa? Saya cuma nak make sure, saya dulu Pre-U aliran Sains, aktif sukan , minta tapi tak dapat. Junior saya STPM 2015 dari aliran sastera dapat kos ni. Rasa sangat terkilan macam mana dia boleh dapat. Boleh terangkan? terima kasih

    ReplyDelete
  2. sains sukan ada umtuk diploma tak ?

    ReplyDelete
  3. Sy dpt interview 5/7/17 utk degree kos sains sukan kejurulatihan sbb sy student pre U thn lps . Kena interview dan kena buat ujian khas sukan tp sy ta tau nk prepare mcm mana ๐Ÿ˜“

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah,saya pun dapat cos ni,tapi sye kene pergi 4/7 Dekat upsi sana.

      Delete
    2. Ya , sy pun kena pergi upsi , kiranya awk awal sehari laa sebelum sy . Goodluck ๐Ÿ˜Š

      Delete
    3. Saya pun student pre-u last year. And saya pun dapat course sains sukan kejurulatihan dekat upsi. Tapi saya punya temuduga 3hb july�� Agak agak apa yg kita kena prepair yea��

      Delete
    4. sis pun sama yew,good luck๐Ÿ™†

      Delete
    5. Mcm mana kakak layak dpt sains sukan kejurulatihan ni

      Delete
  4. Tu la kan, ta tahu nk prepare macam mana nii, awalnyaa temuduga, apa2 pun selamat maju jaya ๐Ÿ˜˜ kalau sama2 kita usaha inshaallah kita dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Aamiin๐Ÿ˜Š Goodluck jugak

      Delete
  5. Ada bleep tests.. hahahaha rendang ketupat penuh lagi... risau pancet

    ReplyDelete
  6. bleep test , ujian litar. see u 4/7 guys

    ReplyDelete
  7. Yg da pergi upsi tuu goodluck yaa ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk dah pegi , apa ujian khas sukan tu , boleh share tak?

      Delete
  8. hi.. boleh tahu mcm mana ujian tu

    ReplyDelete