Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan ditubuhkan pada
1 Februari 2005. Program pengajian yang ditawarkan di fakulti ini
berteraskan konsep integrasi antara bidang pedagogi dengan disiplin mata
pelajaran di sekolah dengan kegiatan sukan. Masyarakat kini memberi
harapan yang tinggi terhadap pencapaian sukan negara agar setanding
dengan pencapaian negara-negara maju dan memerlukan pakar-pakar dalam
bidang ini. Usaha memperbaiki pencapaian ahli-ahli sukan sebenarnya
bermula dari peringkat sekolah. Maka itu, Fakulti ini menawarkan
pengajian meliputi bidang pendidikan Sains Sukan, Psikologi Sukan dan
Sains Kejurulatihan bagi mencapai dan memenuhi harapan tersebut. Bagi
peringkat Sarjana, fakulti ini menawarkan pengajian meliputi Kaedah
Pengujian, Pengukuran, Pengajaran serta Penyelidikan Psikologi Sukan
yang dapat memberi sumbangan terhadap peningkatan pencapaian ahli-ahli
sukan negara ini.
TAWARAN PROGRAM
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) dengan kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Kejurulatihan) dengan kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) dengan kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Rehabilitasi Sukan) dengan kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan) dengan Kepujian
Program Sarjana & Doktor Falsafah
- Sarjana Pendidikan (Sains Sukan)
- Doktor Falsafah
BUKU AKADEMIK
Muat turun buku akademik fakulti di sini [Muat turun] untuk senarai penuh program pengajian
PROSPEK KERJAYA
Peluang kerjaya adalah terbuka dalam pelbagai bidang iaitu:- Pendidikan Sukan
- Jurulatih Sukan
- Pakar Motivasi Sukan
- Editorial Sukan
- Pengurusan Sukan
- Perancangan Kejohanan
- Konsultan Sukan
Syarat kemasukan untuk Rehabilitasi apa? Saya cuma nak make sure, saya dulu Pre-U aliran Sains, aktif sukan , minta tapi tak dapat. Junior saya STPM 2015 dari aliran sastera dapat kos ni. Rasa sangat terkilan macam mana dia boleh dapat. Boleh terangkan? terima kasih
ReplyDeletesains sukan ada umtuk diploma tak ?
ReplyDeleteSy dpt interview 5/7/17 utk degree kos sains sukan kejurulatihan sbb sy student pre U thn lps . Kena interview dan kena buat ujian khas sukan tp sy ta tau nk prepare mcm mana ๐
ReplyDeletesama lah,saya pun dapat cos ni,tapi sye kene pergi 4/7 Dekat upsi sana.
DeleteYa , sy pun kena pergi upsi , kiranya awk awal sehari laa sebelum sy . Goodluck ๐
DeleteSaya pun student pre-u last year. And saya pun dapat course sains sukan kejurulatihan dekat upsi. Tapi saya punya temuduga 3hb july�� Agak agak apa yg kita kena prepair yea��
Deletesis pun sama yew,good luck๐
DeleteMcm mana kakak layak dpt sains sukan kejurulatihan ni
DeleteTu la kan, ta tahu nk prepare macam mana nii, awalnyaa temuduga, apa2 pun selamat maju jaya ๐ kalau sama2 kita usaha inshaallah kita dpt
ReplyDeleteIn shaa Allah. Aamiin๐ Goodluck jugak
DeleteAda bleep tests.. hahahaha rendang ketupat penuh lagi... risau pancet
ReplyDeletebleep test , ujian litar. see u 4/7 guys
ReplyDeleteYg da pergi upsi tuu goodluck yaa ☺
ReplyDeleteawk dah pegi , apa ujian khas sukan tu , boleh share tak?
Deletehi.. boleh tahu mcm mana ujian tu
ReplyDelete