AKTIVITI SEKOLAH

PROGRAM-PROGRAM LEPAS...

PROGRAM-PROGRAM LEPAS:

PROGRAM CAKNA DIRI MURID 2014 SMK RIAM

 14 – 15 Julai,  Program Cakna Diri Murid 2014 anjuran SMK Riam Miri dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri dengan kerjasama Yayasan ‘Amal berjaya dilaksanakan. Program 2 hari 1 malam ini melibatkan seramai 111 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang agak lemah akademik, kurang motivasi diri dan mempunyai rekod masalah disiplin. Pihak sekolah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kem ini khusus buat pelajar terbabit sebagai satu komitmen bahawa bukan sahaja pelajar cemerlang diberi perhatian dan harapan, tetapi pelajar-pelajar berpotensi ini juga mempunyai peluang cerah menjadi insan berjaya, berwawasan dan berfungsi sebagai pewaris pada masa akan datang.

Sepanjang program ini, Sdr. Muhtar Suhaili dan Ustaz Roshaidin Othman bertindak sebagai Koordinator Program yang melibatkan para peserta yang majoritinya berbangsa Cina selain Iban dan Melayu serta majoriti beragama Kristian selain Buddha dan Islam. Alhamdulillah, di dalam program ini juga Sdr. Muhtar telah diamanahkan untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Hidup Lebih Hidup Dengan Kejayaan” dengan versi yang telah disesuaikan dengan latarbelakang, pencapaian dan mood para peserta yang merupakan kumpulan sasaran kali ini. Pengisian lain termasuk Ceramah Tunggu dan Lihat oleh Ustaz Roshaidin Othman, Ceramah Destinasi Kecemerlangan oleh Encik Hamidon Andul Ghani dan Ceramah Jom Hebat oleh Ustaz Nik Syazmizi Nik Sin. Selain itu, pelbagai bentuk LDK telah dirangka khas oleh Ustaz Roshaidin bersama jawatankuasa kecil Modul untuk kegunaan program ini. Jawatankuasa mengucapkan penghargaan kepada semua yang membantu sama ada sebagai urusetia atau fasilitator dari kalangan ahli-ahli Task Force Kecemerlangan dan sukarelawan Yayasan Amal.

https://taskforcemiri.files.wordpress.com/2007/07/riam1.jpg
Ceramah-ceramah Ilmiah Oleh Sdr. Muhtar, Ustaz Roshaidin, Encik Hamidon dan Ustaz Nik Syazmizi.”

https://taskforcemiri.files.wordpress.com/2007/07/riam2.jpg
Sesi Ice Breaking serta Aktiviti-aktiviti Riadhah.”  

https://taskforcemiri.files.wordpress.com/2007/07/riam3.jpg

Rencam Aktiviti termasuk Team Building dan Bina Semangat.” 

https://taskforcemiri.files.wordpress.com/2007/07/riam4.jpg Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) – 10 Kumpulan Bersama Fasilitator.”

https://taskforcemiri.files.wordpress.com/2007/07/riam5.jpg
Tapak Perkhemahan” & “Sesi Pengaktifan Minda dan Keyakinan Diri.”

13-15 Julai 2014,  SMK Luar Bandar Miri telah mendapat bantuan Task Force Kecemerlangan mengendalikan Program Tamrin Qiyadi yang diadakan di Masjid Bekenu selama 3 hari 2 malam. Seramai 120 orang pelajar sekolah tersebut telah mengikuti program ini.  Penceramah Task Force terdiri dari  Sdr. Muhtar Suhaili, Us. Mohd. Nassru Abd Latif, Us. Roshaidin Othaman, Us. Nik Sharmizi Nik Sik dan Us. Badrulhisham Mohd. Yassin telah mengisi slot-slot dalam program tersebut.

7-8 Julai 2014, Task Force Kecemerlangan telah diberi kepercayaan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis mengendalikan Kem Kecemerlangan Pelajar yang diadakan di Eastwood Valley Golf and Country Club Miri. Task Force Kecemerlangan telah membantu dengan menghantar tenaga penceramah dan membantu menyediakan kemudahan-kemudahan lainnya. Seramai 80 orang pelajar yang akan menduduki UPSR pada tahun ini telah mengikuti program ini. Penceramah-penceramah Task Force Kecemerlangan terdiri dari Us. Mohd Nassru Abd Latif, Us. Roshaidin Othman (Abang Din) dan Us. Nik Sharmizi Nik Sin telah dihantar untuk membantu Pejabat Pelajaran Daerah Subis menjayakan program ini. Program ini telah dirasmikan oleh YB Pn. Rosey Hj. Yunus (ADUN Bekenu).

16 Jun 2014, Bertempat di Pustaka Miri telah diadakan program Titian Kasih anjuran SM Sains Miri dengan kerjasama Task Force Kecemerlangan Miri. Seramai 100 orang pelajar dari Sekolah-sekolah Bahagian Miri telah terlibat. Pihak SM Sins Miri telah menjemput Tn. Hj. Azam (Pengetua Super) SMK Tun Abdul Razak Seremban untuk mengisi slot motivasi.


KEM JATI DIRI PELAJAR-PELAJAR BAHAGIAN MIRI

Pada 28 Jun – 1 Julai 2014, Task Force Kecemerlangan, Unit Pendidikan Islam PPG Miri telah menganjurkan Kem Jati Diri Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Bahagian Miri bertempat di Taman Negara Lambir. Di Taman Negara ini pemandanganya yang dicipta oleh Maha Pencipta cukup indah, ketenangan dapat dirasai apabila berada di sini, selain beberapa air terjun yang turut dilalui oleh peserta ketika slot “Jungle Tracking”. Alhamdulillah slot-slot ceramah telah disampaikan oleh sahabat-sahabat yang hebat seperti Al-Fadhil Us. Hasrizal (http://saifulislam.com/), Sdr. Muhtar Suhaili (Jurutera Shell: http://muhtarsuhaili.fotopages.com/, http://muhtarsuhaili.wordpress.com/), Us. Roshaidin Othman (Abang Din Pakar Muhasabah Diri), Us. Nik Sharmizi Nik Sin (Anak Soleh) dan saya juga berpeluang memberi satu slot. Alhamdulillah sokongan dari sahabat-sahabat AJK Task Force, pensyarah IKBN, Doktor Hospital Miri, sahabat dari Sarawak Shell Berhad dan tak lupa Muslimat Kg. Muhibbah yang telah berjaya mengendalikan program ini dengan sempurna. Program Koordinator (Us. Nassru), Tukang Masak lulusan Universiti Jordan (Us. Ismail), Us. Afandi (LO), Cikgu Norman, Kem Komandan (Mr. Amir n Mustamim) merupakan peneraju kuat program ini, Pn. Lily Hj Morni (Pengetua Cemerlang SM Sains Miri) – semangat “down to earth” amat dikagumi… adik-adik / kakak-kakak fasi…. Terima kasih atas sumbangan semua.  

https://taskforcemiri.files.wordpress.com/2007/07/lambir1.jpg

Kem Waja Diri 2007, Taman Negara Lambir, Miri, Sarawak”

 https://taskforcemiri.files.wordpress.com/2007/07/lambir2.jpg
Aktiviti Jungle Tracking – Termasuk Solat ‘Asar di Hutan”

https://taskforcemiri.files.wordpress.com/2007/07/lambir3.jpg 

Aktiviti-aktiviti Menguji Ketahanan Fizikal dan Sesi Pengaktifan Minda”
Lambir4

Panorama Air Terjun di Taman Negara Lambir Miri”
Lambir5

Apabila Kita Merenung Sesuatu Kecantikan, Pujilah PENCIPTAnya”

Anak-anak Yatim & Kisah ‘Ibuku Buta Sebelah Mata!’ Julai 30, 2014



Peryatim Miri1
“Lawatan ke Rumah Kebajikan Anak Yatim Sarawak, Cawangan Miri”
Allah Azza Wajalla berfirman di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Baqarah, ayat 215 yang bermaksud (Terjemahan dalam Bahasa Melayu, Tafsir Ar-Rahman):
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan- “Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
Alhamdulillah, pada 29 Julai 2007, Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Islam, SM Sains Miri dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia dan Task Force Kecemerlangan telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Sarawak, Cawangan Miri. Dengan tema “Masih Ada Yang Sayang”, program mesra bersama anak yatim yang melibatkan ceramah motivasi, sesi hati ke hati melalui LDK dan penyerahan sumbangan dari SM Sains Miri, Yayasan Amal Malaysia dan Task Force Kecemerlangan ini sesungguhnya merupakan satu aktiviti khidmat masyarakat yang perlu diteruskan dan dikembangkan.

Secara tuntasnya, marilah kita berusaha membantu untuk menceria dan membahagiakan anak-anak yatim atas kapasiti yang kita mampu. Selain itu, hasil dari program ini, satu nasihat dan teladan bermakna yang perlu sama-sama kita renungi ialah betapa pentingnya untuk kita menyayangi dan mencintai ibu dan ayah kita. Kasih seorang ibu dan pedoman seorang ayah merupakan jalan menuju ke Syurga!

Melalui entri ini, turut dikongsikan satu PowerPoint Show yang sesungguhnya amat menyentuh hati dan amat bermakna untuk kita fikir-renungkan dan jadikan pedoman bersama bertajuk “Ibuku Buta Sebelah Mata!”.



Muhyiddin calls for psychometric test for would-be teachers By ADIB POVERA - 13 May 2015 @ 11:10 PM MIRI: Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has called on the Education Services Commission to introduce character evaluation as part of the vetting process for recruitment of teachers. Muhyiddin, who is also Education Minister, proposed that the commission conduct psychometric tests for future teachers to assist the government’s effort to establish a pool of quality teachers. "I would like to propose that the commission conduct character evaluation by introducing psychometric tests for teaching institution graduates as part of vetting process in recruitment (for the teaching profession," he said in his speech during a dinner event held in conjunction with the launch of this year's Education Services Conference, here tonight. Present was Sarawak Deputy Chief Minister Tan Sri Alfred Jabu Numpang, who attended the event on behalf of Chief Minister Tan Sri Adenan Satem. The ministry, Muhyiddin said, had imposed stricter entry requirements for those who wanted to pursue a Bachelor’s Degree in Education at the country’s teachers training institutions. "Candidates are required to achieve excellent results in at least five subjects in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination to enable them to sit for the teacher qualification tests (UKCG). "Those enrolling in the 'Program Pelajar Cemerlang' (Excellent Students Programme), they need to score with high marks for seven subjects in SPM," he said.

Read More : http://www.nst.com.my/node/84176
Muhyiddin calls for psychometric test for would-be teachers By ADIB POVERA - 13 May 2015 @ 11:10 PM MIRI: Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has called on the Education Services Commission to introduce character evaluation as part of the vetting process for recruitment of teachers. Muhyiddin, who is also Education Minister, proposed that the commission conduct psychometric tests for future teachers to assist the government’s effort to establish a pool of quality teachers. "I would like to propose that the commission conduct character evaluation by introducing psychometric tests for teaching institution graduates as part of vetting process in recruitment (for the teaching profession," he said in his speech during a dinner event held in conjunction with the launch of this year's Education Services Conference, here tonight. Present was Sarawak Deputy Chief Minister Tan Sri Alfred Jabu Numpang, who attended the event on behalf of Chief Minister Tan Sri Adenan Satem. The ministry, Muhyiddin said, had imposed stricter entry requirements for those who wanted to pursue a Bachelor’s Degree in Education at the country’s teachers training institutions. "Candidates are required to achieve excellent results in at least five subjects in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination to enable them to sit for the teacher qualification tests (UKCG). "Those enrolling in the 'Program Pelajar Cemerlang' (Excellent Students Programme), they need to score with high marks for seven subjects in SPM," he said.

Read More : http://www.nst.com.my/node/84176

No comments:

Post a Comment