BAHAN PENGAJARAN

Struktur dan Fungsi Jantung Kita

Share on :

Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung memainkan peranan utama dalam peredaran darah. Jantung mempunyai empat ruangan dan dianggap sebagai sebuah pam kerana ia berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh.

Kedudukan jantung adalah di tengah-tengah bahagian dada di antara dua paru-paru. Bahagian pinggir bawahnya terletak di permukaan atas otot diafragma. Jantung biasanya bersaiz ‘genggam penumbuk’ bagi orang dewasa. Darah berjumlah antara tiga hingga enam liter boleh dimuatkan di dalam jantung pada satu masa. Jantung dibahagi dua oleh septum. Oleh itu, bahagian kanan dan bahagian kiri jantung tidak berhubung secara langsung. Manakala di setiap belah jantung terdapat dua ruang. Ruang sebelah atas dikenali sebagai serambi jantung (atrium kanan dan kiri) dan bertugas menerima darah. Ruang sebelah bawah pula adalah bilik jantung (ventrikel kanan dan kiri) di mana tugasnya adalah menghantar keluar darah daripada jantung.



Jantung mula berdenyut pada akhir minggu ketiga bayi masih dalam peringkat fetus, iaitu ketika organ-organ lain baru mula membentuk. Ia terus-menerus berdenyut tanpa henti sejak janin di dalam kandungan ibu sehinggalah seseorang itu mati. Selama mana pun ia berdenyut, jantung juga masih mempunyai waktu rehat. Ia rehat pada waktu di antara dua denyutan. Ventrikel kiri mengambil 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke tubuh. Kemudian jantung rehat selama 0.5 saat. Kadar denyutan jantung boleh meningkat mahupun menurun bergantung pada aktiviti seseorang. Kadar denyutan jantung meningkat semasa seseorang melakukan aktiviti berat dan menurun sewaktu rehat atau tidur. Sewaktu seseorang itu tidur, banyak salur darah kecil (kapilari) tidak aktif. Ini bermakna jantung tidak perlu mengepam darah ke bahagian tersebut dan denyutan jantung akan menurun.

Jantung  mendapat bekalan makanannya dari darah, tetapi bukan darah yang melalui empat ruangannya; sebaliknya, dari darah arteri koronari iaitu satu cabang salur darah (kanan dan kiri) aorta.

Sekiranya anda mengetahui tekanan darah anda 120/70 mmHg, sebenarnya tekanan ini dihasilkan oleh jantung sewaktu berdenyut. Angka 120 menggambarkan tekanan (dalam mmHg) sewaktu jantung mengepam (tekanan sistolik), manakala 70 mmHg menggambarkan tekanan sewaktu jantung rehat (tekanan diastolik). Angka bawah lebih penting daripada angka atas kerana semakin tinggi angka ini semakin sedikitlah waktu rehatnya. Juga semakin tinggi angka ini, semakin banyak kerja atau beban yang harus dipikul oleh jantung untuk memastikan bekalan darah sampai ke seluruh tubuh. Semakin tua seseorang itu, semakin tinggi tekanan darahnya kerana salur-salur darahnya menjadi semakin keras.


Struktur Jantung


Jantung terbina daripada otot jantung atau miorkardium yang diliputi epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam.

Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan keduadua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial. Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara kedua-dua ventrikel.

Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru.

Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh.

Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.

Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta.

Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium dan endokardium. Pada jantung terdapat injap atrioventrikular (AV) dan injap semilunar. Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung.

Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonary dan aorta. Setiap injap semilunar mempunyai tiga bucu.

Secara ringkasnya;

Jantung mempunyai beberapa lapisan. Lapisan-lapisan yang ada pada jantung:

    Selaput Jantung (Perikardium)
        Meliputi jantung dan terbahagi dua;
  •         Pertama, lapisan berserat di bahagian luar (lapisan parietal); dan
  •         Kedua, lapisan viseral iaitu lapisan serosa yang terdiri daripada dua lapisan selaput. Selaput ini berfungsi mengeluarkan bendalir jernih yang menghalang geseran apabila jantung berdenyut.

    Otot Jantung (Miokardium)
        Dibina daripada otot bebas; dan
        Keadaannya tebal di bilik kiri, kurang tebal di bilik kanan dan nipis di serambi jantung.

    Selaput Jantung (Endokardium)
        Terbina daripada tisu epitelium skuamosa; dan
        Lapisan ini berbentuk leper dan licin kerana ia merupakan lanjutan daripada lapisan dalam saluran darah.






Fungsi Jantung



Fungsi utama jantung adalah menyediakan oksigen ke seluruh tubuh dan membersihkan tubuh dari hasil metabolisme (karbondioksida). Jantung melaksanakan fungsi tersebut dengan mengumpulkan darah yang kekurangan oksigen dari seluruh tubuh dan memompanya ke dalam paru-paru, dimana darah akan mengambil oksigen dan membuang karbondioksida; jantung kemudian mengumpulkan darah yang kaya oksigen dari paru-paru dan memompanya ke jaringan di seluruh tubuh.

Pada saat berdenyut, setiap ruang jantung mengendur dan terisi darah (disebut diastol); selanjutnya jantung berkontraksi dan memompa darah keluar dari ruang jantung disebut sistol). Kedua atrium mengendur dan berkontraksi secara bersamaan, dan kedua ventrikel juga mengendur dan berkontraksi secara bersamaan.

Darah yang kehabisan oksigen dan mengandung banyak karbondioksida dari seluruh tubuh mengalir melalui 2 vena besar (vena kava) menuju ke dalam atrium kanan. Setelah atrium kanan terisi darah, dia akan mendorong darah ke dalam ventrikel kanan.

Darah dari ventrikel kanan akan dipompa melalui katup pulmoner ke dalam arteri pulmonalis, menuju ke paru-paru. Darah akan mengalir melalui pembuluh yang sangat kecil (kapiler) yang mengelilingi kantong udara di paru-paru, menyerap oksigen dan melepaskan karbondioksida yang selanjutnya dihembuskan.

Darah yang kaya akan oksigen mengalir di dalam vena pulmonalis menuju ke atrium kiri. Peredaran darah diantara bagian kanan jantung, paru-paru dan atrium kiri disebut sirkulasi pulmoner.

Darah dalam atrium kiri akan didorong ke dalam ventrikel kiri, yang selanjutnya akan memompa darah yang kaya akan oksigen ini melewati katup aorta masuk ke dalam aorta (arteri terbesar dalam tubuh). Darah kaya oksigen ini disediakan untuk seluruh tubuh, kecuali paru-paru.

Fungsi-fungsi jantung secara amnya adalah:
  • Menjana dan mengekalkan tekanan darah. Denyutan jantung akan menjana tekanan darah dan seterusnya mengalirkan darah ke seluruh tubuh;
  • Mengarah peredaran darah. Peredaran darah dapat dilakukan ke beberapa tempat berdasarkan ruangan di dalam jantung; dan
  • Membawa bekalan darah ke tisu. Kadar denyutan jantung yang berbeza akan membuatkan jumlah darah yang dialirkan berbeza. Contohnya semasa bersukan dan semasa keadaan rehat. Semasa bersukan, lebih banyak darah dialirkan berbanding dengan keadaan berehat.


TANDA-TANDA SAKIT JANTUNG


Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.


Kawalan berat badanKegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.


PemakananBagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.


Berhenti merokokMajoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.


BersenamBersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.


Perubahan gaya hidupRisiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.


AMARAN : Apakah Serangan Jantung? – Dr. Beni Rusani.


Source: www.cbsnews.com
Sumber: www.cbsnews.com
Serangan jantung (Sindrom Akut Koronari atau myocardium infarction) adalah satu kecemasan perubatan yang boleh membawa kepada komplikasi yang serius dan juga maut. Ia disebabkan oleh kekurangan bekalan darah ke jantung, saluran darah yang sempit disebabkan oleh plak kolestrol. Plak-plak yang tidak stabil ini boleh pecah dan seterusnya akan membentuk darah beku yang akan menghalang saluran-saluran secara keseluruhan.
Penyakit jantung (penyakit kardiovaskular / cardiovascular disease) pada masa kini merupakan punca kematian yang utama di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Hal  ini dapat dilihat melalui generasi ‘Baby Boom’ yang semakin meningkat usia; yang mana masih membentuk majoriti penduduk di dunia. Di Malaysia, kejadian serangan jantung adalah sekitar 141 bagi setiap 100,000 orang dalam setahun, dan menyebabkan kira-kira tujuh peratus kematian di hospital. Tambahan pula, penyakit kardiovaskular  menyumbang kematian dua setengah kali lebih tinggi di kalangan wanita Malaysia daripada semua jenis kanser apabila digabungkan.
Faktor-faktor risiko untuk serangan jantung adalah:
  1. Jantina (lelaki lebih berisiko daripada perempuan)
  2. Umur lebih daripada 45 tahun, (umur perempuan> 55 tahun atau selepas menopaus)
  3. Penyakit kencing manis
  4. Merokok
  5. Kandungan kolestrol tinggi dalam darah
  6. Penyakit darah tinggi
  7. Obesiti
Walau bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini kita melihat peningkatan bilangan kes-kes yang melibatkan orang-orang yang lebih muda, bahkan wanita dan pada awal umur 30-an. Pesakit paling muda yang pernah direkodkan mendapat serangan jantung di Malaysia berusia 19 tahun. Trend yang membimbangkan ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mengekalkan berat badan normal, bersenam dan elakkan merokok; terutama mereka yang mempunyai sejarah keluarga mempunyai penyakit jantung.
Simptom utama serangan jantung adalah sakit dada yang digambarkan sebagai ditindih objek berat atau seperti tekanan. Ia mungkin diiringi dengan rasa kebas di sepanjang lengan kiri dan leher, loya dan muntah-muntah. Ada yang menyifatkannya sebagai suatu perasaan seperti “satu azab bakal berlaku”. Harus diingatkan bahawa tidak semua pesakit akan mengalami simptom-simptom klasik ini. Jika terdapat keraguan, sila dapatkan rawatan dan nasihat perubatan.
Source: www.medicinenet.com
Sumber: www.medicinenet.com
Walaupun terdapat peningkatan yang ketara dalam pengurusan serangan jantung secara keseluruhan, malangnya kebanyakan kematian berlaku sebelum sempat tiba di hospital. Kesilapan yang biasa dibuat oleh pesakit adalah kelewatan dalam mendapatkan rawatan perubatan atau kecemasan. Mereka sama ada tidak mengendahkan simptom-sipmtom tersebut,  berharap bahawa sakit dada itu akan reda atau menganggap ia disebabkan masalah kesihatan  lain seperti ketidakhadaman perut. Kelewatan ini akan memberi lebih tekanan pada otot jantung yang telah  kekurangan bekalan dan peredaran darah, seterusnya ianya tidak dapat dipulihkan dan kerosakan jantung akan berlaku. Jika tidak dirawat dengan segera atau mereka yang terselamat akibat dari serangan jantung akan mengalami komplikasi lanjut seperti kegagalan fungsi jantung. Kebiasaannya mereka akan mengadu sesak nafas ketika melakukan senaman mahupun ketika sedang berehat.
Secara amnya, prinsip terbaik dalam sebarang kecemasan perubatan adalah dengan mendapatkan bantuan perubatan dengan segera di pusat perubatan yang terdekat. Walau bagaimanapun, memandangkan betapa seriusnya penyakit ini dan juga rawatannya yang kompleks, untuk kes-kes  ‘serangan jantung yang stabil’ adalah dinasihatkan untuk datang terus ke Jabatan Kecemasan terdekat, bukannya mengunjungi  klinik am. Sekiranya pesakit telah datang ke klinik, dalam kebanyakan kes, doktor di klinik akhirnya akan merujuk pesakit tersebut ke hospital yang berdekatan dan ini telah menyebabkan pembaziran masa ketika pesakit tiba di jabatan kecemasan.
Secara ringkasnya, terdapat tiga jenis serangan jantung:
  1. STEMI  (infark miokardium berserta peningkatan segmen ST)
  2. Bukan-STEMI (infark miokardium tidak berserta peningkatan segmen ST)
  3. Angina tidak stabil
Nota: ST merujuk kepada segmen ST yang dirakam di ECG. ECG yang normal mempunyai gelombang P, kompleks QRS dan gelombang T. Salah satu cara untuk mengklasifikasikan serangan jantung adalah dengan perubahan kepada segmen ST dalam ECG.
Source: thenurseadvocate.blogspot.com
Sumber: thenurseadvocate.blogspot.com
Sejurus tiba di hospital, berdasarkan jenis serangan jantung (melalui pemeriksaan ECG dan ujian darah), doktor yang merawat akan menentukan rawatan yang paling sesuai untuk pesakit. Ia mungkin terdiri daripada ubat-ubatan yang berasaskan-prosedur seperti angioplasty (pembedahan nyah-halang saluran darah). Selepas penstabilan di Jabatan Kecemasan, pesakit akan dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan dan juga pemerhatian lanjut.
Terdapat juga situasi yang malang, iaitu serangan jantung yang disusuli dengan terhentinya degupan jantung sebelum sempat tiba di hospital, maka adalah sangat penting orang yang berada di sekeliling pesakit ketika serangan untuk melakukan cardio-pulmonary resuscitation atau CPR (tidak terkandung dalam artikel ini) kerana tindakan ini telah terbukti dapat meningkatkan peluang pesakit untuk terus hidup.
Bagi mangsa serangan jantung, adalah penting untuk terus mengambil ubat yang ditetapkan untuk mereka. Kebanyakan ubat-ubatan ini perlu diambil sepanjang hayat kerana sifat mereka ‘penstabilan’ dan bukannya ‘merawat’ jantung. Dengan ini, pesakit perlu berbincang dengan doktor mereka sebelum menghentikan pengambilan ubat-ubatan itu. Kegagalan berbuat demikian mungkin membawa kepada bahaya , contohnya penghentian mengambil Aspirin selepas angioplasty mungkin akan menyebabkan tersumbatnya ‘stent’ yang telah diimplan di dalam saluran darah pada jantung.
LIMA mesej penting yang perlu diingatkan kepada pembaca:
  1. Walaupun serangan jantung biasanya dinyatakan sebagai tekanan seperti sakit dada, jika anda ragu-ragu, sila dapatkan bantuan perubatan.
  2. Jika anda agak stabil, sila datang terus ke Jabatan Kecemasan di hospital yang berdekatan.
  3. Ingat bahawa “masa adalah otot” dan lebih lama mangsa menunggu, lebih banyak otot jantung akan rosak dan semakin besar kemungkinan kerosakan itu tidak dapat dipulihkan.
  4. Jika mangsa tidak sedarkan diri sebelum tiba ke hospital, CPR dapat meningkatkan peluang untuk hidup (CPR mudah dipelajari).
  5. Jangan berhenti mengambil ubat tanpa berunding dengan doktor yang telah memulakan ubat tersebut.
Dr Beni Rusani adalah seorang pakar kardiologi yang kini bertugas di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Beliau mempunyai minat yang mendalam untuk  meningkatkan tahap kesedaran tentang isu-isu kesihatan setempat. Kenali beliau dengan lebih lanjut dalam ruangan ‘The Team’. Artikel ini telah diterjemah oleh Cik Raja Maizatul Azaria.
Rujukan:
  • Management of Unstable angina / non STEMI. Malaysia Clinical practice guideline. Ministry of Health Malaysia; 2011.
  • Prevention of cardiovascular disease in women. Malaysia Clinical practice guideline. Ministry of Health Malaysia; 2008.

No comments:

Post a Comment