Category Archives: BERITA HARIAN
PUTRAJAYA: Penyertaan negara dalam 12
pertandingan peringkat dunia mendapat pelbagai pengiktirafan yang
meletakkan murid dan pelajar Malaysia setanding dengan pelajar negara
lain.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata
antara pertandingan yang disertai pelajar negara ialah International
Science and Engineering Fair di Amerika Syarikat, International
Folkdance Competition di Romania dan World Robots Olympiad di Sochi,
Russia.
Perlu latihan, tapisan
Beliau berkata usaha mendidik, membimbing dan menghasilkan murid yang
mencapai kejayaan bertaraf dunia bukanlah mudah kerana mereka perlu
melalui pelbagai latihan dan tapisan sebelum boleh bersaing di persada
antarabangsa.
Namun, dalam pada itu, beliau mengingatkan supaya murid, pelajar dan
guru yang terbabit dalam pertandingan pada peringkat antarabangsa supaya
sentiasa berpegang teguh kepada identiti nasional walau di mana mereka
berada.
“Walaupun antara kita berbeza agama, etnik dan bangsa janganlah
sesekali kita lupa untuk pamerkan identiti nasional selaku warga
Malaysia ketika menyertai pertandingan,” katanya pada majlis apresiasi
persada antarabangsa 2014, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, di sini
semalam.
Perkongsian strategik
Beliau berkata, semua pihak sama ada agensi kerajaan atau swasta,
harus sedia menggembleng tenaga dan sumber kewangan bagi kemajuan
pendidikan pelajar negara ini seperti perkongsian strategik dalam
program berkenaan.
Katanya perkongsian strategik itu dapat menzahirkan matlamat
meningkatkan mutu pendidikan seiring dengan apa yang digariskan dalam
agenda transformasi pendidikan negara.
Khair berkata hasrat itu jelas dinyatakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang memberi tumpuan kepada enam
aspirasi murid iaitu berpengetahuan, berkemahiran berfikir, mempunyai
kemahiran memimpin, berkemahiran dalam dwibahasa, beretika dan
kerohanian serta mempunyai identiti nasional.
SUMBER : BERITA HARIAN
Seimbang akademik, sahsiah
Category Archives: BERITA HARIAN
Pertandingan peringkat antarabangsa bukti pelajar kita setanding negara lain
by pspbtp

PUTRAJAYA: Penyertaan negara dalam 12 pertandingan peringkat dunia mendapat pelbagai pengiktirafan yang meletakkan murid dan pelajar Malaysia setanding dengan pelajar negara lain.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata antara pertandingan yang disertai pelajar negara ialah International Science and Engineering Fair di Amerika Syarikat, International Folkdance Competition di Romania dan World Robots Olympiad di Sochi, Russia.
Perlu latihan, tapisan
Beliau berkata usaha mendidik, membimbing dan menghasilkan murid yang mencapai kejayaan bertaraf dunia bukanlah mudah kerana mereka perlu melalui pelbagai latihan dan tapisan sebelum boleh bersaing di persada antarabangsa.
Namun, dalam pada itu, beliau mengingatkan supaya murid, pelajar dan guru yang terbabit dalam pertandingan pada peringkat antarabangsa supaya sentiasa berpegang teguh kepada identiti nasional walau di mana mereka berada.
“Walaupun antara kita berbeza agama, etnik dan bangsa janganlah sesekali kita lupa untuk pamerkan identiti nasional selaku warga Malaysia ketika menyertai pertandingan,” katanya pada majlis apresiasi persada antarabangsa 2014, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, di sini semalam.
Perkongsian strategik
Beliau berkata, semua pihak sama ada agensi kerajaan atau swasta, harus sedia menggembleng tenaga dan sumber kewangan bagi kemajuan pendidikan pelajar negara ini seperti perkongsian strategik dalam program berkenaan.
Katanya perkongsian strategik itu dapat menzahirkan matlamat meningkatkan mutu pendidikan seiring dengan apa yang digariskan dalam agenda transformasi pendidikan negara.
Khair berkata hasrat itu jelas dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang memberi tumpuan kepada enam aspirasi murid iaitu berpengetahuan, berkemahiran berfikir, mempunyai kemahiran memimpin, berkemahiran dalam dwibahasa, beretika dan kerohanian serta mempunyai identiti nasional.
SUMBER : BERITA HARIAN
Seimbang akademik, sahsiah

KUALA LUMPUR: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan
Tinggi) 2015-2025, PPPM (PT), berupaya memberi keseimbangan dalam bidang
akademik dan sahsiah.
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr
Noor Azlan Ghazali, berkata selain itu, pelbagai inisiatif dalam PPPM
(PT) juga akan membantu graduan institusi pengajian tinggi (IPT)
tempatan lebih berdaya saing, kreatif serta inovatif.
“Pelan ini akan membantu universiti dan institusi pengajian tinggi
(IPT) tempatan memperkemaskan pelaksanaan strategi pembangunan
masing-masing berteraskan garis panduan lebih holistik dan menepati
keperluan global,” katanya.
PPPM (PT) dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 7 April ini.
Beliau berkata, malah PPPM (PT) memberi tumpuan lebih meluas bukan
sahaja dalam aspek penyampaian ilmu pada peringkat pengajian tinggi,
tetapi juga aspek pembentukan graduan bersahsiah tinggi dan seimbang.
Katanya, pelan terbabit membuka ruang kepada setiap universiti dan
IPT melaksanakan inisiatif masing-masing dengan lebih pantas untuk
memenuhi keperluan industri menjelang tahun 2025.
“Inisiatif yang diperkenalkan ini akan ada sokongan dan kemudahan
pada peringkat kementerian untuk meningkatkan interaksi antara pihak
swasta dan industri, selain membangunkan ekosistem keusahawanan,”
katanya.
Beliau berkata PPPM (PT) juga memberikan ruang kepada IPT
menghasilkan pendapatan sendiri menerusi pelbagai aktiviti selain
bergantung kepada dana kerajaan.
“Saya percaya setiap universiti mempunyai kerangka strategi
masing-masing. Kita bukan saja saling bekerjasama merealisasi hasrat
dalam PPPM (PT), malah bersaing dengan kekuatan dan keunikan
tersendiri,” katanya.
Mengenai inisiatif Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET), Noor
Azlan berkata pertambahan graduan dalam bidang itu akan membantu
memenuhi keperluan negara terhadap tenaga kerja yang berkemahiran dan
berkualiti.
“Satu daripada lonjakan PPPM (PT) adalah memartabatkan TVET yang mengubah tanggapan kemahiran adalah pilihan kedua.
“Kemahiran perlu menjadi teras dalam program pengajian. Ia berikutan,
laporan daripada bahagian sumber manusia mendapati ada kelompangan
berkaitan bidang kemahiran,” katanya.
SUMBER : BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment