Wednesday, 29 April 2015

Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI


Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan

Category: Fakulti Published: Tuesday, 06 January 2015 Written by Super User
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan ditubuhkan pada 1 Februari 2005. Program pengajian yang ditawarkan di fakulti ini berteraskan konsep integrasi antara bidang pedagogi dengan disiplin mata pelajaran di sekolah dengan kegiatan sukan. Masyarakat kini memberi harapan yang tinggi terhadap pencapaian sukan negara agar setanding dengan pencapaian negara-negara maju dan memerlukan pakar-pakar dalam bidang ini. Usaha memperbaiki pencapaian ahli-ahli sukan sebenarnya bermula dari peringkat sekolah. Maka itu, Fakulti ini menawarkan pengajian meliputi bidang pendidikan Sains Sukan, Psikologi Sukan dan Sains Kejurulatihan bagi mencapai dan memenuhi harapan tersebut. Bagi peringkat Sarjana, fakulti ini menawarkan pengajian meliputi Kaedah Pengujian, Pengukuran, Pengajaran serta Penyelidikan Psikologi Sukan yang dapat memberi sumbangan terhadap peningkatan pencapaian ahli-ahli sukan negara ini.

TAWARAN PROGRAM

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Kejurulatihan) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Rehabilitasi Sukan) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan) dengan Kepujian
Tempoh pengajian : 8 Semester (4 tahun) secara teori dan amali.
Program Sarjana & Doktor Falsafah
  • Sarjana Pendidikan (Sains Sukan)
  • Doktor Falsafah

BUKU AKADEMIK

Muat turun buku akademik fakulti di sini [Muat turun] untuk senarai penuh program pengajian


PROSPEK KERJAYA

Peluang kerjaya adalah terbuka dalam pelbagai bidang iaitu:
  • Pendidikan Sukan
  • Jurulatih Sukan
  • Pakar Motivasi Sukan
  • Editorial Sukan
  • Pengurusan Sukan
  • Perancangan Kejohanan
  • Konsultan Sukan